WASHINGTON: Derek Chauvin, bekas pegawai polis yang disabitkan bersalah membunuh George Floyd dilaporkan cedera parah akibat ditikam ketika menjalani hukuman penjara di Arizona, Amerika Syarikat (AS), menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Bagaimanapun, keadaan Chauvin dilaporkan stabil, menurut laporan media tempatan yang memetik sumber.
Chauvin, bekas pegawai polis di Minneapolis disabitkan bersalah membunuh Floyd pada Mei 2020.
Kematian Floyd telah mencetuskan kemarahan yang meluas di Amerika Syarikat dan bantahan besar-besaran terhadap kekejaman polis serta diskriminasi terhadap orang kulit hitam.
Sebelum ini, Biro Penjara AS mengesahkan bahawa seorang banduan di Tucson Federal Correctional Institute telah ditikam dalam satu insiden tetapi tidak mendedahkan nama individu terbabit.
Agensi media termasuk CNN dan New York Times melaporkan bahawa banduan itu dikenal pasti sebagai Chauvin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
Derek Chauvin, bekas pegawai polis yang disabitkan bersalah membunuh George Floyd dilaporkan cedera parah akibat ditikam ketika menjalani hukuman penjara di Arizona, Amerika Syarikat (AS). - Gambar fail/AP
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Pembunuh George Floyd cedera ditikam di penjara di AS
Derek Chauvin, yang disabitkan bersalah membunuh George Floyd dilaporkan cedera parah akibat ditikam ketika menjalani hukuman penjara.